fbpx

Amoi tikam kekasih berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUI YING dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi menghadiri pertuduhan membunuh teman lelakinya.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada 20 September lalu.

Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju T berwarna hitam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan ke­rana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Berita berkaitan: ‘Amoi’ 19 tahun berdepan hukuman mati kerana pertahan maruah

Mahkamah kemudian me­netapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember ini bagi penye­rahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh telah ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak menikam teman lela­kinya menggunakan sebilah pisau ketika cuba mempertahankan diri dengan menentang kemahuan kekasihnya yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.

Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum mereka membuat laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI