fbpx
OLIVER (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Marcus di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Usaha sama erat Bio Eneco, Orion untuk penuhi keperluan industri bio bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pemaju, pengilang dan pembekal bahan api biojisim terkemuka yang berpangkalan di Malaysia, Bio Eneco Sdn. Bhd. (Bio Eneco) mencatat satu lagi kejayaan dengan memasukkan Filipina ke dalam perjanjian bersama PT Orion APAC Indonesia ( Orion).

Orion adalah pembekal dan peniaga bahan api biojisim bertaraf global.

Pada mulanya, perjanjian antara Bio Eneco dan Orion meliputi dua penghantaran Shell Inti Sawit (PKS) sebulan ke Thailand untuk tempoh tiga tahun bermula April 2020 hingga Mac 2024.

Kini, Filipina turut dimasukkan sebagai pelabuhan persinggahan untuk urusan tersebut.

Pengarah Urusan Bio Eneco, Oliver Yeo berkata, pihaknya berbangga melihat hubungan yang semakin kukuh dengan Orion melalui usaha sama ini.

Katanya, ia bakal mengembangkan jangkauan syarikat untuk memenuhi keperluan industri bio bahan api di rantau ini dan juga di peringkat global.

“Perjanjian ini akan meningkatkan lagi prestasi kewangan syarikat dengan ketara dalam beberapa tahun akan datang serta meningkatkan reputasi kami sebagai pemain utama dalam industri tenaga hijau global,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis menandatangani perjanjian antara dua syarikat tersebut di kilang ­Bio Eneco di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Orion, Max Marcus.

Selain itu, Marcus menjelaskan, pihaknya berbesar hati dengan usaha untuk mengembangkan perjanjian semasa dengan Bio Eneco.

Menurut beliau, ini kerana, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan dan kebolehan syarikat sebagai pengeluar tenaga bahan api biojisim gred tinggi yang progresif untuk menunaikan kewajipan kontraknya.

“Pasaran bio bahan api global telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ia didorong oleh permintaan yang sentiasa berkembang untuk tenaga yang lebih bersih dan mampan.

“Kami di Orion mengharapkan perkongsian dalam jangka panjang dan bermanfaat dengan Bio Eneco pada masa hadapan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR