fbpx

Indonesia sedia 12 kapal perang kawal perairan semasa G20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TNI telah bersiap sedia mengerah 12 kapal perang untuk mengawasi perairan Indonesia semasa persidangan G20 berlangsung di Bali pada November ini. - Koarmada

JAKARTA – Tentera Laut Indonesia (TNI) tmenyediakan 12 Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Sidang Kemuncak Kumpulan Negara 20 (G20) di Bali pada November ini, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Menurut Panglima Angkatan Laut (KSAL), Laksamana Yudo Margono, pihaknya akan memuktamadkan dan melaporkan setiap proses persiapan keselamatan kepada Panglima TNI, Jeneral Andika Perkasa.

Menurut Yudo, pada dasarnya Tentera Laut sudah bersedia untuk melakukan  kawalan keselamatan di sektor perairan sepanjang berlangsungnya  Sidang Kemuncak G20.

Dalam pelaksanaannya, Panglima Koarmada II, Laksamana Muda Hutabarat diberi kepercayaan untuk menjadi Komando Kawalan Operasi (Kodalops) untuk sektor perairan wilayah.

Yudo berkata, Hutabarat akan ditugaskan menguruskan kapal perang asing yang akan memasuki wilayah Indonesia.

“Akan ada kapal perang asing yang turut serta dalam persidangan ini mengikut keperluan negara-negara anggota yang terlibat.

“TNI akan memastikan kesemuanya berada di bawah kawalan sepanjang berlabuh dalam perairan Indonesia,” kata Yudo.

Kehadiran kapal perang asing bertujuan sebagai menjalankan tanggungjawab memastikan keselamatan ketua negara mereka yang datang ke sesebuah negara.

“Ini sudah menjadi perjanjian antarabangsa di mana dalam sebuah negara yang menjalankan persidangan atau pertemuan melibatkan ketua-ketua negara dunia,” jelasnya.

Sidang Kemuncak G20 ke-17 akan diadakan di Bali pada 15 hingga 16 November 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI