fbpx

Dasar ATM akan datang bantu kukuhkan ekonomi negara – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan di Kementerian Pertahanan hari ini.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal melancarkan dasar industri pertahanan dalam masa terdekat bagi memastikan sektor pertahanan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelbagai hujah diterima mengatakan Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak membawa pulangan kepada ekonomi negara.

“Jumlah peruntukkan Mindef perlukan adalah besar, namun tidak membantu tingkatkan prestasi ekonomi negara.

“Sebab itu saya putuskan bahawa tidak lama lagi kita akan lancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) di Wisma Mindef di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, dasar itu yang akan beri tumpuan merancakkan sektor perindustrian pertahanan negara.

“Kita akan buktikan pulangan kepada negara bukan sahaja dari segi keselamatan dan pertahanan tapi bantu perkukuh ekonomi negara,” katanya.

Hishammuddin turut berharap dalam bajet 2023, Kementerian Kewangan memahami isu keselamatan dan pertahanan merupakan satu perkara yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

“Bagi peringkat Kementerian Pertahanan kita perlu kreatif bagaimana cara untuk mencadangkannya.

“Cadangan-cadangan kepada Kementerian Kewangan dan telah ada dibuat, beberapa dibuat urus untuk bajet kali ini dan saya harap bahawa ianya dapat diterima dengan baik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI