fbpx

Banjir di Klang surut, penduduk mula pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa meninjau kawasan kunci air di sekitar Klang pagi tadi.

KLANG – Banjir di sekitar Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 di sini, semalam surut sepenuhnya dan penduduk yang terjejas mula pulang ke kediaman masing-masing.

Pemantauan mendapati tiada lagi rumah dinaiki air melibatkan 52 mangsa daripada 12 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, operasi pemantauan dijalankan pihaknya di tiga lokasi kampung itu termasuk sekitar Flet Sri Perantau pagi tadi.

“Keadaan kini kembali terkawal dan paras air sudah surut di semua kawasan tersebut.

“Kesemua mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Sireh Tambahan 2 akan membersihkan rumah mereka terlebih dahulu sebelum pulang,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang memaklumkan pemantauan air pasang turut dijalankan di Kunci Air Kampung Jawa, Sungai Kandis, Kampung Bukit Kuda dan Kampung Delek.

“Berdasarkan rondaan antara pukul 5 hingga 8 pagi tadi, tiada kawasan kediaman dinaiki air dan paras di kunci air dan sungai berdekatan berada pada tahap selamat.

“Pemantauan di Kunci Air Kampung Delek mendapati air pasang hanya melimpah keluar di pengkalan bot Sungai Sireh,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI