fbpx
Kabin pesawat AirAsia Airbus A320

AirAsia mansuh pemakaian pelitup muka dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – AirAsia Malaysia telah memansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam penerbangannya berkuat kuasa serta merta ekoran pengumuman oleh kerajaan berhubung  pemansuhan pemakaian pelitup muka.

Menurut kenyataan, pemakaian pelitup muka di dalam penerbangan AirAsia Malaysia adalah atas pilihan para tetamu, kecuali jika mereka melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang memerlukan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam. 

“Para tetamu yang ingin memakai pelitup muka di dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian,” katanya.

AirAsia menerangkan, keselamatan para tetamu adalah keutamaan dan syarikat akan terus beroperasi dengan standard keselamatan yang ketat. 

Tambahnya, semua pesawat AirAsia dilengkapi dengan penapis HEPA yang mampu  menghapuskan 99.99 peratus zarah habuk dan bahan cemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria. – KOSMO! ONLINE

POPULAR