fbpx

Usahawan Kanada akan bina hotel Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan paparan artistik rupa Moon World Resorts yang digambarkan berpangkalan di Dubai. - Moon World Resorts Inc.

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Satu siri hotel gergasi berbentuk sfera yang menyerupai Bulan dirancang untuk dibina di Dubai, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Pembinaan hotel itu diterajui oleh syarikat Moon World Resorts.

Reka bentuk hotel sfera itu dibina seperti Bulan sebenar pada skala besar selain dilengkapi kawah dan tekstur yang kelihatan realistik.

Setiap bangunan hotel itu boleh mencapai ketinggian 224 meter dengan ukur lilit 622 meter tetapi bergantung kepada kebenaran lokasi dan perancangan.

Usahawan berpangkalan di Kanada, Michael R. Henderson selaku pengasas bersama Moon World Resorts berkata, tujuan projek itu adalah menjadikan Bulan sebagai jenama yang dikenali.

“Lebih tujuh billion orang tahu tentang projek ini dan semua orang menyukainya,” kata Henderson.

Menurut Henderson, setiap Moon World Resorts akan menjadi destinasi peranginan yang sangat mewah dan kontemporari selain memiliki banyak komponen seperti pusat konvensyen, restoran dan spa di setiap bangunan.

“Kami akan memberi anda peluang untuk berjalan di atas sesuatu yang dipanggil sebagai permukaan Bulan,” kata Henderson.

Moon World Resorts telah diusahakan selama dua dekad iaitu garis masa yang dicadangkan oleh Henderson sebagai sepadan dengan misi pelancongan ke angkasa secara umum.

Henderson bersama rakan pengasas, Sandra G. Matthews bekerjasama dengan jurutera dan arkitek bebas untuk menjadikan konsep hotel itu satu realiti.

“Projek itu datang dengan cabaran teknikal yang luar biasa. 

“Kami pada asasnya mempunyai banyak kumpulan di seluruh dunia yang direkrut. Apabila projek ini bermula, mereka akan ditempatkan di rantau tertentu,” katanya.

Matlamat jangka panjang projek itu adalah untuk membina empat pusat peranginan Bulan di Amerika Utara, Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara. UAE khususnya di Dubai diumumkan oleh syarikat itu sebagai pendahulu kepada pembukaan Moon World Resorts. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI