fbpx

KKM teliti kajian dekriminalisasi bunuh diri oleh AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil NGO dari Yayasan Health On World pada Majlis Agihan Dana Program Kesihatan Mental Kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Putrajaya di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak semula kertas cadangan dekriminalisasi bunuh diri sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semakan semula itu dibuat bagi mengambil kira kajian yang dilakukan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung cadangan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya baru sahaja menerima hasil kajian penuh berhubung cadangan dekriminalisasi bunuh diri itu daripada AGC.

“Hasil kajian itu akan dibincangkan terlebih dahulu menerusi sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pada waktu saya bawa cadangan itu sebelum ini, KDN tidak berapa setuju.Kali ini, kita tengoklah sama ada mereka boleh dipengaruhi untuk menyokong usaha kita ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Agihan Dana Kesihatan Mental Kepada Badan Bukan Kerajaan di sini, hari ini.

Katanya, Jemaah Menteri juga akan memutuskan sama ada cadangan itu akan dibawa pada sesi Parlimen akan datang atau tidak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI