fbpx

Guru meninggal ketika berucap dapat khairat YGMB RM27,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Munadi (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Zarini (tiga dari kiri) dan Norhashimah Ibrahim (dua dari kanan) di Pejabat Pendidikan Maran di Maran hari ini.

MARAN – Seorang guru kelihatan sihat ketika sedang memberi ucapan di hadapan pelajar dan ibu bapa tiba-tiba terjatuh sebelum dibawa ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Jun lalu.

Kematian Allahyarham Mohd. Fadzil Ismail,56, yang merupakan bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chedung Jaya di sini mengejutkan semua pihak termasuklah pelajar dan juga ibu bapa yang hadir pada majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan.

Allahyarham yang disahkan mengalami pendarahan di dalam kepala meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak termasuk dua yang masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun tindakan Mohd. Fadzil yang menjadi ahli dan menyertai skim di bawah Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sedikit sebanyak meringankan beban isteri dan anaknya yang menerima faedah khairat kematian sebanyak RM27,000.

Zarini Abdul Majid,52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan akan mendapat khairat kematian sumbangan YGMB kerana dia tidak pasti suaminya menyertai skim berkenaan.

“Saya dimaklumkan juga allahyarham suami baru sahaja menukar kepada Skim 18 daripada Skim 16 yang membolehkan saya menerima jumlah khairat kematian yang lebih banyak.

“Saya berterima kasih kepada YGMB dan sememangnya sumbangan ini amat diperlukan untuk saya dan anak-anak meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan khairat kematian disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Mohd. Yong Salleh di Pejabat Pendidikan Daerah Maran di sini hari ini.

Zarini yang merupakan seorang guru dan turut menjadi ahli YGMB turut menerima sumbangan sebanyak RM1,000 kerana kematian suami.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI