fbpx
MARTINEZ menghadapi masalah pada dua aksi awal EPL, namun dia kini mula membuktikan kemampuannya di Old Trafford. – AFP

EPL: Martinez mahu buktikan fizikal tidak jadi penghalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez tampil membalas kritikan yang dilontarkan kepadanya dan menegaskan kerja keras mampu menampung kekura­ngannya dari segi fizikal.

Pertahanan tengah itu hanya memiliki ketinggian lima kaki sembilan inci, namun pengurus baharu The Red Devils, Erik Ten Hag mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat Martinez dari Ajax bagi mengukuhkan barisan belakang pasukan.

Walaupun sedar kritikan yang dilontarkan kepadanya, bintang dari Argentina itu langsung tidak mengambil kisah dan mengakui impiannya sudah menjadi kenya­taan untuk mewakili Uni­ted di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya tidak kisah tentang kritikan dan saya tetap yakin dengan kemampuan diri. Saya sentiasa bekerja keras dan saya percaya ia akan menghadirkan keputusan yang saya mahukan.

“Jujurnya, dapat menyertai United seakan mimpi jadi kenya­taan terutamanya beraksi di EPL. Liga ini adalah salah satu liga terbaik dunia dan saya gembira untuk beraksi di sini,” katanya.

Pertahanan 24 tahun itu dilihat bergelut dalam dua penampilan awal hingga ada yang melabelnya dibuli oleh penyerang bersaiz besar seperti Danny Welbeck, Ivan Toney yang menyaksikan The Red Devils tewas kepada Brighton dan Brentford.

Sebelum ini, bekas pemain Liverpool yang kini berkhidmat sebagai pengulas bola sepak, Jamie Carragher pernah membuat pendedahan bahawa faktor fizikal Martinez mungkin memberikan masalah buat United. – AGENSI

POPULAR