fbpx

GML mahu beli 200 bas elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gemilang International Limited (GML) telah  mengemukakan Surat Hasrat (LOI) untuk membeli 200 unit bas elektrik daripada syarikat usaha sama yang baharu dibentuk antara Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan Energy Absolute Public Company Limited (EA) hari ini.

Cadangan syarikat usaha sama itu telah dimeterai oleh dua syarikat tersebut bertujuan untuk menjalankan perniagaan pengedaran produk EA termasuk bas elektrik, di Malaysia.

LOI itu yang didorong oleh surat mandat (LOM) akan memberi kuasa kepada GML untuk meneroka dan membantu dengan perolehan, pengubahsuaian dan homologasi bas elektrik yang dikeluarkan oleh EA.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GML, Pang Chong Yong berkata, pihaknya berbesar hati kerana EA telah bertapak di Malaysia melalui kerjasama dengan CFM.

“EA adalah syarikat tersenarai terkemuka di Thailand, dengan permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM40 bilion. 

“Syarikat tersebut terlibat dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui dan sektor mobiliti sifar pelepasan, seperti feri dan bas elektrik mereka yang ditempatkan di seluruh Thailand,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN