fbpx

Bayi perempuan ditemui dalam beg di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi yang ditemui di dalam beg plastik berdekatan sebuah kedai di Bukit Jalil kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan ditemui berdekatan sebuah kedai makan di Jalan 14/115c, Apartment Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil kelmarin.

Bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui diletakkan dalam sebuah beg oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 10.49 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Polis Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan tersebut telah ditinggalkan dalam sebuah beg dan diletakkan di kawasan kedai makan.

Pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan ke atas seorang bayi yang ditemui berdekatan sebuah kedai di Bukit Jalil, kelmarin.

“Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia yang tiba di lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan ke atas bayi tersebut dan mengesahkan dia berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zam Halim berkata, bayi perempuan tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Ujar beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat yang sahih.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI