fbpx

Yana Yunus lancar lagu baharu dalam majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YANA YUNUS bersama suaminya Raj pada majlis persandingan mereka, Sabtu lalu.

SETIAP selebriti mempunyai strategi untuk meraih perhatian peminat, begitu juga dengan penyanyi era 1990-an, Yana Yunus yang mengambil kesempatan  memperdengarkan dan melancarkan single terbaharunya berjudul Sahabat pada majlis resepsi perkahwinannya, baru-baru ini.

Kata penyanyi yang muncul bersama kumpulan Babylon itu, dia sengaja mencari kelainan agar kemunculan single ketiga kali ini dapat diterima ramai.

“Kalau boleh saya nak buat lain dari yang lain. Itu sebabnya, malam ini saya lancar sekali single Sahabat ini serentak dengan majlis perkahwinan saya.

“Lagu ni kisah hidup saya sendiri dengan sahabat saya. Kami terputus hubungan dan saya luahkan perasaan saya melalui lagu dan akhirnya daripada ‘humming’ terus tercipta sebuah lagu bertajuk Sahabat,” katanya.

Dalam majlis persandingandi The Hall, KL Gateway Mall pada 24 September lalu, Yana atau nama sebenarnya, Kameliana Mohd Yunus, 39, bersama suaminya, Mohammad Raj Kumar Abdul Qayyum, 43, yang bernikah sejak April lalu anggun berbusana rona champagne gelap rekaan Anas Abdullah.

Pada majlis sama, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Yana bersama rakan-rakan artis seperti Mac Rahayu, Elda Susanti, Azura Aziz bersama suaminya. Antara rakan artis yang hadir termasuklah, Khaty Azian, Rozita Rohaizad dan Yusrina.

Ditanya mengenai kehilangannya selama 10 tahun yang lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan, selama ini dia kembali menyanyi di kelab-kelab dan hotel bagi menyara kehidupan bersama dua orang anak yang sedang membesar.

YANA bersama anak-anak suaminya, Raj,

“Biasalah lepas kahwin dulu ingat nak jadi suri rumah sepenuh masa dan tak sangka, perpisahan pula yang terjadi. Itu sebabnya selepas itu saya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi di hotel dan kelab-kelab.

“Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan ‘home SPA’ dan mengeluarkan produk seperti lip mate dan bengkung kesihatan,” ujarnya.

Tambah pemilik nama sebenar Kameliana Mohd. Yunus itu, suaminya kini bekerja di sebuah kilang gula di Seremban, Negeri Sembilan.

“Sebelum ini, saya memang tak sukakan Raja. Tak sangka daripada tak suka akhirnya jatuh cinta. Saya sukakan Raj kerana dia seorang lelaki yang baik dan jujur. Raj juga pandai mengambil hati saya dan anak-anak saya. Itu yang buat saya senang bersamanya.

“Saya juga dapat menerimanya kerana dia juga sudah berjanji tidak akan menghalang saya untuk terus menyanyi. Itu yang buat saya mudah untuk menerima cintanya.

“Mungkin kami secocok kerana Raj memang suka melihat saya menyanyi. Ini merupakan perkahwinan kedua buat saya dan pertama buat Raj. Doakan agar jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.’’

YANA bersama rakan-rakan baik yang hadir pada majlis persandingannya.

Ditanya mengenai istimewanya Yana di matanya, kata Raj,“Kami selalu berjumpa dalam event yang Yana turut menyanyi. Saya suka dengar dia menyanyi kerana suara Yana yang merdu, wajahnya yang cantik dan sikapnya yang baik. Itu yang buat saya tertarik untuk terus berkenalan dengannya.

“Mungkin jodoh kami berdua. Daripada tak suka, akhirnya Yana menyambut cinta saya,” cerita Yana.

Bercakap mengenai persaingan dalam industri hiburan sekarang ini, jelas Yana tidak takut untuk menghadapi situasi sebegitu.

“Saya tidak kisah dengan persaingan kerana saya percaya pada tuah. Sebagai penyanyi, saya akan cuba beri yang terbaik dan kalau jadi viral pun, biarlah dalam keadaan yang baik.”

Yana bukanlah nama baru dalam industri. Ketika berusia 15 tahun dia dilamar untuk menjadi artis rakaman Pony Canyon (M) Sdn Bhd (kini Interglobal Music) untuk tampil sebagai penyanyi dangdut. Yana juga pernah berduet bersama kumpulan Babylon serta terlibat dengan penghasilan album-album kompilasi.

Yana pernah muncul dengan album pertamanya Demi Cinta (2005) dan memandangkan album berkenaan menggunakan duit kocekn sendiri, dia menerbitkan semula Demi Cinta versi 2018. Beberapa buah lagu dalam album ini turut diberi penambahbaikan kualiti. Akhirnya lagu-lagu dangdut, Demi Cinta dan Iyok-Iyok diterima baik peminat Yana.

YANA berharap perkahwinan kali ini akan berpanjangan sehingga akhir hayat.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI