fbpx
Zuraina ketika hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Suri rumah dituduh buat laporan palsu dakwa anak didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu terhadap sebuah madrasah di Jalan Kebun di sini.

Tertuduh, Zuraina Zamri, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membuat laporan polis palsu di Balai Polis Taman Sri Muda di sini pada 21 Ogos lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman memohon agar Zuraina diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.-KOSMO! ONLINE

POPULAR