fbpx
PELANCARAN dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) oleh Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (tengah) sempena sambutan Hari ATM ke-89 di Pangkalan Udara Kuantan di Kuantan.

SKN 2.0 dilancarkan, dokumen strtegi terkini yang relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dokumen Strategi Ketenteraan Negara 2.0 (SKN 2.0) dilancarkan hari ini bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 sekali gus menyaksikan dokumen SKN terdahulu terbatal.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pelancaran SKN 2.0 ini adalah bagi mendokong aspirasi pertahanan negara dengan menjadikan Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Pertahanan Negara sebagai sumber rujukan utamanya.

Katanya, dokumen itu juga menjelaskan perancangan strategi ketenteraan yang digubal secara holistik serta inklusif bagi mencapai objektif-objektif ketenteraan, sekaligus membolehkan angkatan ini mendapat kelebihan strategik dalam apa juga keadaan.

“Kelebihan ini bukan sahaja akan membolehkan ATM mengaplikasikan opsyen ketenteraan berjulat luas (broad range military options), malah turut menjadi asas kepada pembangunan pertahanan nasional ke arah menjadi sebuah angkatan masa hadapan bagi mendepani ancaman yang semakin kompleks dan dinamik.

“Justeru, saya berkehendakkan agar semua Panglima Perkhidmatan dan seluruh warga ATM di ketiga-tiga perkhidmatan untuk bersama-bersama saya membuat lonjakan paradigma daripada SKN terdahulu kepada SKN 2.0, melalui proses ‘learn, unlearn and relearn’,” katanya ketika menyampaikan ucapan bersempena perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.

Menurutnya, ATM harus bersama-sama menerima dan mematuhi dengan sebaik-baiknya SKN 2.0 yang akan menjamin kejayaan angkatan dalam menghadapi sebarang ancaman dengan lebih efektif dan efisien.-KOSMO! ONLINE

POPULAR