fbpx

Seorang maut, 13 cedera kenderaan dinaiki masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut manakala 13 lagi cedera selepas pikap yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.

KUCHING – Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung ketika menuruni jalan Borneo Highland Resort, Padawan, dekat sini, kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah 13 lagi individu dipercayai sekeluarga dalam kenderaan sama iaitu sebuah Toyota Hilux termasuk dua kanak-kanak mengalami pelbagai tahap kecederaan.

“Seorang daripada mangsa tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu, bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan,” katanya di sini.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku kesemua mangsa bersama menjalankan aktiviti riadah di kawasan air terjun yang berada diatas gunung.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, anggota Bomba bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Simpok telah melakukan kerja-kerja menyelamat tujuh orang mangsa cedera yang masih belum diselamatkan di dalam gaung sedalam 30 kaki dari tebing jalan.

“Masa mangsa pertama dinaikan serta diselamatkan iaitu pada pukul 3.45 petang dan mangsa terakhir dinaikkan diatas pada jam 7.30 petang,” ujarnya.

Katanya, kaedah penyelamatan yang digunakan oleh anggota iaitu menggunakan tiga buah Stretcher serta tali bagi mengeluarkan kesemua mangsa dari dalam gaung.

“Kesemua mangsa dilaporkan dan telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan seterusnya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI