fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir dan hujan lebat di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di Sarawak pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu.

Turut dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 1 tengah hari ini adalah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR