fbpx
Gambar fail Ebit Lew ketika ke Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi tujuan soal siasat.

Perbicaraan Ebit Lew bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Perbicaraan membabitkan pendakwah ter­kenal, Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew berkaitan pertuduhan gangguan seksual akan berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom bermula esok hingga 30 September ini.

Ebit, 37, didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp pada 18 Februari lalu.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Berita berkaitan: Tuduhan melampau, niat jatuhkan saya – Ebit Lew

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Terdahulu, pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan Ebit dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Sementara itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Sabah, Muhammad ­Ilmami Ahmad dan Ebit diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Berita berkaitan: Kertas siasatan terhadap Ebit Lew hampir selesai

Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Pada 18 Februari lalu, Ebit mengaku tidak bersalah ke atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual setelah dihadapkan di Mahkamah Litar Tenom.

Setelah pertuduhan dibacakan dia dibenarkan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Pendakwah itu menyifatkan 11 pertuduhan gangguan seksual yang dihadapinya sebagai ujian Allah SWT buat dirinya. Dia bagaimanapun menegaskan pendakwaan yang dihadapinya tidak akan menjejaskan kerja-kerja amal yang dilakukan selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN