fbpx

Indonesia terima jet pejuang Rafale penghujung tahun 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JET pejuang Dassault Rafale dilihat semasa demonstrasi penerbangan oleh Tentera Udara Perancis di Selat Sunda Indonesia pada 12 September lalu. – AFP

JAKARTA – Kementerian Pertahanan Indonesia memaklumkan bahawa kontrak pembelian enam jet pejuang Rafale bagi mengukuhkan sistem pertahanan negara itu telah disahkan secara rasmi, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Menurut kementerian berkenaan, jet pejuang itu dijangka tiba di Indonesia pada penghujung 2026.

“Kontrak pembelian sah sejak 9 September lalu,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Dahnil Anzar Simanjuntak.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ketua Perkhidmatan Penerangan Angkatan Tentera Udara Indonesia , Indan Gilang Buldansyah berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk mengendali dan menyelenggara pesawat buatan Perancis itu.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Indonesia menandatangani kontrak bagi membeli enam pesawat pejuang generasi 4.5, Dassault Rafale buatan Perancis.

Sesi menandatangani kontrak itu disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto semasa menerima kunjungan Menteri Angkatan Tentera Perancis, Florence Parly dan delegasinya di Jakarta pada 10 Februari lalu.

“Kami merancang untuk membeli 42 pesawat Rafale. Ia akan dimulakan dengan menandatangani kontrak pertama untuk enam pesawat,” kata Prabowo. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI