fbpx

Covid-19 kekal bawah 2,000 kes semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,608 kes semalam termasuk dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,793,636 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,352 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,770,940 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 24,532 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah 746.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 545 diikuti Kuala Lumpur (314), Perak (141), Sabah (135), Negeri Sembilan (79), Pulau Pinang (77), Kedah (54), Sarawak (52), Johor (49) dan Melaka (42).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (31), Kelantan (29), Pahang (28), Terengganu (21), Perlis (11) dan tiada kes di Labuan,”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak dua kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,350.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,731 setakat ini.

Sebanyak 23,336 kes dikuarantin di rumah,tiga kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,142 kes di hospital,22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 29 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI