fbpx

15,000 penonton saksi sambutan Hari ATM tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai yang menyaksikan persembahan ketenteraan sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 bagi tahun 2022 di Pangkalan Udara Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Kira-kira 15,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan persembahan ketenteraan yang ditonjolkan sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 bagi tahun 2022 yang disambut di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.

Sambutan kali ini dibuka kepada orang ramai berikutan peralihan ke fasa endemik dan ketetapan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang telah diputuskan kerajaan setelah dua tahun orang ramai tidak dapat meraikan sambutan seperti ini.

Bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ sambutan itu disempurnakan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Secara keseluruhan, sambutan kali ini melibatkan pegawai dan anggota ATM termasuk kumpulan pentadbiran seramai 1,887 orang membabitkan Perbarisan Tempur 796 orang manakala segmen demonstrasi melibatkan 673 orang.

Turut dipertontonkan ialah demonstrasi keupayaan aset dan kompetensi pasukan khas ATM terdiri daripada Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas TUDM (Paskau) serta simulasi serangan udara yang mempamerkan kesiagaan aset dan kompetensi para juruterbang ATM buat julung kalinya.

Antara pesawat TUDM yang terlibat dalam segmen demonstrasi adalah pesawat pejuang Su-30MKM, F/A-18 D dan BAE Hawk, Pesawat Pengangkut C130 serta Helikopter EC 725 AP dan AW 139, manakala dari TLDM adalah Helikopter Fennec serta TDM menyaksikan Helikopter LOH A109 Agusta serta MD 530G, Meriam Oerlikon, Radar Skyguard dan IGLA SLU.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI