fbpx

15 peratus murid, pelajar Johor kategori obesiti teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Masalah obesiti khususnya melibatkan golongan murid dan pelajar sekolah di negeri ini berada pada tahap kurang memuaskan dengan kira-kira 15 peratus daripada individu berusia 18 tahun ke bawah tergolong dalam kategori obesiti teruk.

Sehubungan itu, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu meminta agar golongan ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak-anak jagaan mereka mendapat pemakanan yang seimbang bagi memastikan tahap kesihatan penduduk negeri ini terjamin pada masa depan.

“Tahap obesiti di negeri ini, masih belum memuaskan kerana kesedaran pemakanan seimbang masih lagi kurang. Dianggarkan 15 peratus murid dan pelajar sekolah berada pada tahap obesiti teruk.

“Buat masa ini memang kita menumpukan kepada golongan usia berkenaan untuk memastikan mereka tidak melebihi berat badan dan mendapat pemakanan seimbang, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan segera,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Johor 2022 yang diadakan di Tampoi, di sini hari ini.

Tambah Dr. Aman, pihaknya turut berharap golongan peniaga makanan untuk memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan dalam produk jualan mereka.

“Kita harap peniaga makanan di Johor dapat memastikan makanan dijual mereka selamat dan berkualiti untuk dimakan. Ini penting supaya kesihatan masyarakat terjaga dan tidak terjebak dengan penyakit bawaan makanan dan juga minuman,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI