fbpx

Penghantar barang ‘berpeluh’ halau monyet minat bungkusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seekor monyet duduk di atas motosikal seorang penghantar barang. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seekor monyet menakutkan seorang penghantar barang dengan duduk di atas motosikalnya yang dipenuhi bungkusan, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik oleh akaun Instagram @newdramaojol.id.

Seorang penghantar barang dilihat membawa timbunan bungkusan di atas motosikalnya yang diletakkan berhampiran sebuah rumah. 

Motosikal itu kemudian dinaiki monyet tersebut yang kelihatan ingin tahu mengenai barang yang dibawa.

Lelaki itu beberapa kali menyuruh haiwan itu pergi namun gagal kerana ia kelihatan tertarik dengan bungkusan dan aksesori pada motosikal itu.

Ia kemudian mengambil gugusan kunci motosikal berantai kuning kerana disangka sebagai makanan dan sesekali mengigitnya. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Penghantar barang kena rompak,” kata seorang netizen.

“Baling makanan untuk tukar kunci motosikal,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI