fbpx

Banjir: 128 mangsa dipindahkan ke 6 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di Taman Dato Syed Mohd. Idrus dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia hari ini.

JOHOR BAHRU – Banjir kilat yang melanda negeri ini menyaksikan seramai 128 mangsa daripada 40 keluarga di tiga buah daerah dipindahkan ke enam pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, sebanyak dua PPS dibuka di setiap daerah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat.

Dalam kenyataan itu, Pontian merupakan daerah terjejas teruk apabila enam buah kampung di kampung itu terkesan akibat kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

“Kampung yang terjejas ialah Kampung Parit Sapran, Kampung Parit Haji Omar, Jalan Mohsin dan Parit Lapis, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj, Kampung Parit Abdul Rahman dan Kampung Sungai Mulih, Pekan Nanas.

“Kesemua mereka dipindahkan ke dua PPS yang dibuka di Sekolah Agama (SA) Kayu Ara Pasong dan Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tinjauan akhbar mendapati kejadian banjir kilat yang melanda beberapa daerah di negeri ini susulan hujan lebat berlarutan hampir lima jam bermula kira-kira 6 pagi tadi.

Dalam kenyataan yang sama memaklumkan, dua PPS awal dibuka iaitu di Batu Pahat melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Peserai yang menempatkan 29 mangsa dari 11 keluarga, manakala 21 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke SA Seri Bengkal.

“Sementara itu, di Johor Bahru, 17 mangsa daripada lima keluarga dari Taman Dato Syed Mohd Idrus dipindahkan ke Dewan Raya Gelang Patah.

“Empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Mohd. Amin dipindahkan ke SK Nong Chik,” katanya.

Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir dan hujan lebat dilaporkan di kesemua daerah di negeri ini kecuali daerah Segamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI