fbpx

Uganda isytihar penularan wabak Ebola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan kesihatan memeriksa suhu pengembara yang merentasi sempadan bandar Nimule dari Uganda berikutan kematian akibat Ebola pada 19 Jun 2019. - AFP

KAMPALA, Uganda – Kerajaan Uganda mengisytiharkan penularan wabak Ebola di negara itu selepas satu kes disahkan di daerah Mubende dalam wilayah tengah, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sampel yang diambil daripada seorang lelaki berusia 24 tahun dikenal pasti sebagai strain Sudan yang jarang berlaku.

Ia merupakan kali pertama dalam tempoh lebih sedekad strain Sudan ditemui di Uganda, yang turut menyaksikan penularan wabak virus Ebola varian Zaire pada 2019.

Wabak baharu itu disusuli enam kematian yang mencurigakan di daerah Mubende setakat bulan ini. Terdapat juga lapan kes lain yang disyaki wabak tersebut sedang menerima rawatan di kemudahan kesihatan.

Pengarah Serantau WHO untuk Afrika, Dr. Matshidiso Moeti berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Uganda untuk menyiasat sumber jangkitan tersebut dan menyokong usaha untuk mengawalnya.

“Uganda tidak asing dengan kawalan Ebola yang berkesan. Disebabkan kepakarannya, tindakan telah diambil untuk mengesan virus dengan cepat dan kami boleh menggunakan pengetahuan ini untuk menghentikan penyebaran jangkitan,” kata Moeti.

Vaksin sedia ada untuk Ebola terbukti berkesan terhadap varian Zaire tetapi tidak jelas sama ada ia berjaya melawan strain Sudan, kata WHO dalam satu kenyataan.

Ebola adalah penyakit yang selalunya menjejaskan manusia dan mamalia lain sehingga membawa maut. Ia mempunyai enam strain berbeza dengan tiga daripadanya iaitu Bundibugyo, Sudan dan Zaire sebelum ini telah menyebabkan penularan wabak besar-besaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI