fbpx
Che Noor Suriani menunjukkan Coconut Jelly yang dijual di kiosnya di Lekir.

Sempoylicious Coconut Shake makin popular di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANJUNG – Memiliki ladang kelapa muda seluas 2.5 hektar di Lekir, Perak memberi satu kelebihan kepada pemilik syarikat Magnet Two Enterprise untuk menawarkan pelbagai menu minuman di bawah jenama po­pu­lar, Sempoylicious Coconut Shake kepada pelanggan.

Bertempat di Medan Selera, Pasar Tani Kekal, Lekir, Che Noor Suriani Che Ani menawarkan empat segmen menu terdiri daripada coconut jelly, coconut shake yang mana hasilnya diperoleh dari ladang kelapanya yang ditanam dengan kelapa pandan.

Menu lain adalah tawaran pelbagai jenis minuman berasaskan kopi kampung yang dikomersialkan mengikut sele­ra pelanggan serta ice blended yang turut diolah menggunakan pelbagai pe­risa popular untuk menarik minat semua peringkat umur pelanggan.

Che Noor Suriani, 45, mula mempelajari selok-belok perniagaan berkaitan kelapa muda ha­nya selama setahun selepas hasil perniagaan daripada bidang makanan dan minuman yang diceburinya semakin men­yusut ekoran pandemik.

Pelaburan antara RM30,000 hingga RM40,000 untuk projek tanaman tersebut ternyata berbaloi selepas dua tahun.

Pokok kelapa memberikan hasil yang baik, sekali gus membolehkannya kembali aktif menjual minuman popular itu.

“Setiap hari saya menggunakan kira-kira 300 hingga 400 biji kelapa muda dengan hasil jualan antara RM700 hingga RM800 di medan selera tersebut,” katanya di sini baru-baru ini.

Che Noor Suriani menerangkan, harga produk dari serendah RM1 hingga RM8 itu cukup laris dalam kalangan penduduk dan komuniti setempat.

Malah ujarnya, kios itu terus beroperasi semasa arahan Pe­rintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dan permintaan terhadap minuman tersebut terus meningkat.

Platform berniaga secara ke­cil-kecilan itu semakin mendapat kepercayaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Beliau berjaya mendapatkan projek untuk mengusahakan ladang kelapa seluas 35 hektar di Lekir awal tahun ini yang memboleh­kan syarikat mempelbagaikan perniagaan.

Kelapa muda hasil ladang tersebut terbahagi kepada empat jenis iaitu pandan, mawar, mataq dan juga myd, yang mana beliau telah mengeluarkan produk se­perti santan kelapa dan juga ke­risik buatan sendiri. -KOSMO! ONLINE

POPULAR