fbpx

Pelepasan air larut resapan secara haram di Pulau Burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAS Pulau Pinang berjaya mengesan satu aktiviti pelepasan air larut resapan secara haram dari kolam takungan air di kawasan tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPSP) Sungai Burung di Nibong Tebal, Selasa lalu.

SEBERANG PERAI – Memasang beberapa batang paip untuk digunakan bagi menyalurkan sisa air larut resap atau ‘leachate’ ke dalam kawasan rizab paya bakau.

Itu antara taktik yang digunakan pihak tertentu bagi memastikan aktiviti pelepasan air larut resapan (leachate) dari kolam takungan di kawasan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPSP) Pulau Burung Fasa 1, Nibong Tebal di sini gagal dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila penduduk setempat berjaya menyedari terdapat aliran air berwarna hitam yang memasuki kawasan paya bakau bersebelahan sebelum memasuki laut.

Aduan kemudian dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Selasa lalu sebelum satu siasatan lanjut dijalankan pada hari yang sama.

Difahamkan, pelepasan itu berlaku beberapa jam sebelum aduan tersebut diterima.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, dalam siasatan tersebut pihaknya telah membuat pemeriksaan fizikal di kawasan tapak, membuat penerbangan dron, membuat persampelan berkaitan di beberapa lokasi selain merakam percakapan beberapa saksi.

Menurutnya, sampel-sampel yang berkenaan kemudian telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisis.

“Siasatan hari pertama terpaksa ditamatkan kira-kira pukul 9.30 malam atas faktor keselamatan dan disambung semula semalam.

“Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Nibong Tebal bagi membolehkan polis menyiasat sama ada terdapat unsur khianat oleh pihak tertentu dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sharifah Zakiah berkata, berdasarkan maklumat awal serta keterangan saksi-saksi, pelepasan air larut resapan ini kemungkinan dibuat secara sengaja dan dirancang lebih awal kerana batang-batang paip itu telah dibawa masuk, dipasang dan dikambuskan selepas perbuatan tersebut terbongkar.

“JAS Pulau Pinang akan mengeluarkan satu Notis Arahan kepada pemilik tapak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan untuk meningkatkan pemantauan keselamatan serta kawalan pencemaran di tapak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI