fbpx

Populasi semut 2.5 juta kali lebih banyak berbanding manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis menganggarkan bilangan semut yang di Bumi ialah 20 kuadrilion ekor. - Thitiphat555 / Getty Images /iStockphoto

WASHINGTON – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa populasi semut di Bumi dianggarkan 2.5 juta kali ganda lebih banyak berbanding manusia, lapor saluran berita NBC News semalam.

Jumlah keseluruhan semut yang dianggarkan itu adalah sebanyak 20 kuadrilion atau 20,000,000,000,000,000 ekor.

Sepasukan penyelidik dari Australia, Jeman dan Hong Kong menganalisis 489 kajian yang mengumpul data mengenai semut tanah dan semut pokok di habitat berbeza merentasi semua benua yang menerbitkan anggaran itu.

Penyelidikan itu membantu para saintis memahami peranan yang dimainkan oleh semut dalam ekosistem dan menyediakan cara untuk menilai bagaimana serangga itu dan beberapa spesies lain dipengaruhi oleh ancaman seperti perubahan iklim.

“Keputusan kami memberikan garis dasar penting untuk meneroka corak populasi semut di alam sekitar dan menjejaki tindak balas serangga terhadap perubahan alam sekitar,” tulis saintis dalam kajian itu.

Kajian itu diterbitkan Isnin lalu dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

“Kami mendapati bahawa terdapat banyak semut di Bumi, yang benar-benar menekankan nilai ekologi mereka,” kata Mark Wong dari Fakulti Sains Biologi di Universiti Western Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI