fbpx

Najib kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib Razak

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Jabatan Penjara dalam satu kenyataan berkata, Najib di masukkan ke hospital berkenaan pada Isnin lalu bagi mendapatkan rawatan pakar di hospital berkenaan.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, beliau akan di hantar semula ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi pelepasan perubatan.

“Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, Jabatan Penjara juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.

“Jabatan Penjara juga perlu menyediakan rawatan dan ubat-ubatan sebagai mana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI