fbpx

Mahkamah: Mazlina tidak peduli arahan pegawai atasan – Fadzlette

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, bekas Setiausaha Eksekutif Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly seorang individu yang tidak memperdulikan arahan pegawai atasan meskipun perkara yang melibatkan tugas rasmi.

Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata, Mazlina juga tidak menghormati beliau sewaktu bertugas di Kementerian Dalam Negeri kerana beranggapan hanya Ahmad Zahid berhak mengeluarkan arahan kepadanya.

Fadzlette berkata, beliau yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri berkata, Ahmad Zahid pernah memaklumkan agar beliau memantau tindakan Mazlina kerana pangkatnya lebih tinggi.

“Saya juga tahu tentang isu-isu kecuaian Mazlina antaranya berkenaan kesilapan beliau berhubung pengendalian akaun peribadi Datuk Seri Zahid,” ujar Fadzlette ketika membacakan pernyataan bertulisnya.

Fadzlette yang kini Pengarah Media Presiden UMNO, dipanggil sebagai saksi pembelaan kedua pada perbicaraan Ahmad Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Fadzlette selanjutnya menyatakan, beliau pernah menyampaikan pesanan Ahmad Zahid kepada Mazlina supaya ditunjukkan penyata-penya kad kredit dan cek-cek sebelum ditandatangani.

Ujar bekas pegawai kanan tentera itu, Mazlina bagaimanapun sentiasa memberikan pelbagai alasan serta helah dan tidak pernah menunjukkan kepadanya penyata dan cek seperti yang diminta.

Selain itu, Fadzlette memberitau, beliau mengetahui Mazlina mengawal sepenuhnya cop tandatangan Ahmad Zahid yang juga digunakan untuk urusan cop sijil-sijil dan kad-kad perayaan.

Berhubung perlakuan dan perwatakan Mazlina, Fadzlette menyatakan, pegawai itu suka bersendirian, tidak berkongsi pendapat mahupun bergaul dengan pegawai lain serta kerap tidak hadir mesyuarat mingguan di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut menyatakan, sepanjang ditumpangkan dan bertugas sebagai Setiausaha Eksekutif, Mazlina bekerja dan membuat keputusan secara bersendirian (in silo) dan membelakangkan ethos ketenteraan.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob, Fadzlette bersetuju Mazlina menerima arahan langsung daripada Ahmad Zahid.

Menjawab soalan Abdul Malik, beliau kurang bersetuju bahawa Mazlina melaksanakan tugas dengan baik.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI