fbpx

Adam, Sweet Qismina lakukan persiapan kahwin sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Adam dan Sweet menguruskan sendiri persiapan perkahwinan mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Adam Lee mengakui penat menguruskan sendiri persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam tempoh sebulan lagi.

Menurutnya yang mengakui teruja untuk bergelar seorang suami, persiapan tersebut dilakukan bersama tunangnya yang juga seorang aktres, Sweet Qismina.

“Pastinya saya teruja dan tidak sabar untuk menanti saat tersebut tetapi boleh dikatakan kami berdua sangat penat.

“Walaupun bekerja namun dalam masa sama sibuk menguruskan semua persiapan,” kata pelakon Budak Tebing itu kepada Kosmo! Online semalam.

Ditemui pada sidang akhbar virtual drama terbaharunya, Adakah Engkau Menungguku, dia memberitahu tidak melantik mana-mana perunding perkahwinan untuk hari bahagianya kelak.

“Sebenanrya kami urus dan buat persiapan bermula daripada kosong sehinggalah hari ini.

“Kami tidak guna khidmat perunding perkahwinan dan lakukan semua sendiri.

“Cabarannnya ialah waktu kerja kami tidak seperti orang lain. Keluar pagi, balik pagi, semua itu agak mencabar tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan kini sudah 75 peratus siap,” kongsinya.

Sementara itu, sama seperti pasangan lain, pemilik nama penuh Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, mengakui hubungannya dengan Sweet turut melalui pelbagai dugaan.

“Bagi saya, jika bercakap tentang cabaran, semua pasangan pasti akan melaluinya.

“Itu semua perkara normal tetapi kita perlu lihat cara dan bagaimana untuk menanganinya,” kongsinya tanpa berkongsi dugaan dilaluinya.

Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga selepas setahun bertunang.

Tarikh perkahwinan pasangan tersebut dijangka pada 24 Oktober memandangkan mereka bertunang pada tarikh sama tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI