fbpx
Potret mendiang Ratu Elizabeth II diletak bersama jambangan bunga dan tanda peringatan di Green Park, London, kelmarin. – AFP

Selamat tinggal Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ratu Elizabeth II disemadikan semalam selepas istiadat pengebumian negara secara besar-besaran yang dihadiri pemimpin dari seluruh dunia di mana keranda baginda diarak melalui jalan-jalan yang sesak di kota raya London.

Monarki paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain itu meninggal dunia pada usia 96 tahun di Balmoral yang merupakan istana hinggap baginda di Tanah Tinggi Scotland, pada 8 September lalu selepas setahun mengalami kemerosotan kesihatan.

Pengebumian negara  terakhir yang akan diadakan di Britain adalah pada tahun 1965 untuk perdana menteri semasa Perang Dunia Kedua, Winston Churchill.

Selepas istiadat pengebumian, keranda berisi jasad Ratu Elizabeth II yang dibalut bendera dan dihiasi Mahkota Imperial, dibawa ke barat Istana Windsor.

Baginda dikebumikan di sisi makam ayahandanya raja George VI, bondanya, permaisuri Elizabeth ibu permaisuri, dan adindanya, Puteri Margaret.

Keranda berisi jasad suaminya, Putera Philip yang meninggal dunia tahun lalu pada usia 99 tahun, juga akan dipindahkan untuk disemadikan di sisi makam Ratu Elizabeth II.

Semalam lebih 2,000 orang  termasuk ketua negara daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hinggalah kepada kepada Maharaja Jepun, Naruhito berhimpun di Westminster Abbey yang menjadi , lokasi pertabalan, perkahwinan dan pengebumian diraja Britain selama lebih 1,000 tahun.

Anak sulung Ratu Elizabeth II dan pengganti baginda, Raja Charles III, 73, akan mengetuai istiadat pengebumian  bersama tiga adik-beradiknya dan pewaris takhta diraja Britain,  Putera William.

Lewat kelmarin, Charles Charles III berkata, baginda dan isterinya, Permaisuri Camilla, “sangat tersentuh” ​​dengan mesej takziah dan sokongan diberikan.

“Ketika kita semua bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal yang terakhir, saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih,” kata baginda.

Perdana Menteri,  Liz Truss  yang dibatal sebagai Perdana Menteri Britain ke-15 oleh Ratu Elizabeth II hanya dua hari sebelum kematian baginda turut berada di Westminster Abbey. Beliau ditemani oleh 

wakil dari 14 negara Komanwel di mana Raja Charles III turut diiktiraf sebagai ketua negara.

Sama ada negara terbabit kekal sebagai negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan atau menjadi republik akan menjadi ciri penentuan dalam pemerintahan Raja Charles III.

Dalam pada itu, kira-kira 6,000 anggota tentera telah dikerah  untuk mengambil bahagian dalam perarakan istiadat pengebumian tersebut.

Pegawai tentera tertinggi Britain, Ketua Turus Pertahanan Laksamana Tony Radakin  menyebutnya sebagai ‘tugas terakhir kami untuk Ratu Elizabeth II’.

Perarakan itu berlangsung di bawah kawalan  keselamatan polis terbesar di London, bermula pada 11:00 pagi (waktu tempatan).

Beratus-ratus ribu orang beratur dan mereka kadangkala terpaksa menunggu selama  25 jam  untuk menyaksikan keranda Ratu Elizabeth II sejak Rabu lalu.

Berjuta-juta orang turut menonton istiadat pengebumian itu secara langsung di seluruh dunia di kaca televisyen dan secara online, sebagai ‘ lambang tarikan berkekalan’ kepada seorang wanita itu yang pernah digambarkan sebagai “Raja Global Terakhir”. – AFP

POPULAR