fbpx

P. Pinang tidak bubar DUN jika PRU-15 pada musim monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOW KON YEOW

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang mungkin tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim monsun.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana musim monsun amat berisiko serta merbahaya kepada pengundi memandangkan diramalkan berlaku hujan lebat dan banjir ketika itu.

“Kalau bukan musim monsun itu lain cerita, kalau musim monsun kita mungkin tidak ikut (pilihan raya) sebab berisiko tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Komtar, di sini hari ini.

Sebelum ini, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera parti itu sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan, isyarat diberikan ahli parti supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

Menurut Kon Yeow, kerajaan Pusat perlu mengambil kira suara-suara yang menolak PRU-15 diadakan ketika musim monsun memandangkan proses pengundian serta perjalanan kempen pilihan raya amat tidak sesuai dijalankan ketika musim berkenaan.

“Proses kempen dan pengundian apa akan jadi sekiranya berlaku banjir ketika itu.

“Sebagai contoh, jika berlaku banjir di pusat pengundian bagaimana dengan pengundi, macam mana mereka mahu keluar mengundi ketika banjir berlaku.

”Bagaimana pula dengan nasib petugas-petugas ketika waktu undi dan sekiranya banjir apa akan berlaku pada peti undi,” katanya.

Kon Yeow menambah, sekiranya banjir berlaku ketika waktu mengundi sudah tentu peratusan pengundi yang boleh keluar mengundi akan turut rendah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI