fbpx

Harap bajet 2023 beri keutamaan aspek 3K di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (tengah) menunjukkan isyarat bagus ketika menghadiri Majlis Sumbangan Buku kepada Sekolah-Sekolah Daerah Muallim di Dewan Muhammad Abd Aziz, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City, Tanjung Malim hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TANJUNG MALIM – Kerajaan diharapkan memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) di sekolah dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pihaknya memahami bahawa pembentangan bajet melibatkan rakyat keseluruhannya mengikut suasana dan keadaan kewangan semasa negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya berhasrat agar kerajaan melalui kementerian kewangan dapat memberi perhatian dalam aspek 3K melibatkan lebih 10,000 institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Sudah tentunya selaku Timbalan Menteri Pendidikan saya juga kalau sebolehnya berharap dapat dana yang paling besar (bagi KPM) dalam bajet akan datang.

“kalau ikutkan hasrat saya selaku timbalan menteri, (aspek) kebersihan, kesihatan dan keselamatan anak murid kita ini selalu menjadi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Buku kepada Sekolah-Sekolah Daerah Muallim di Dewan Muhammad Abd Aziz, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, setiap tahun KPM merupakan antara salah sebuah kementerian yang menerima peruntukan paling banyak dan besar apabila kerajaan persekutuan mengumumkan belanjawan negara.

Malah beliau berkata, peruntukan perbelanjaan KPM juga dilihat bertambah setiap tahun apabila pembentangan belanjawan diumumkan menteri kewangan di parlimen.

“Selama ini kerajaan Malaysia selalu memperuntukkan jumlah yang sangat besar untuk KPM dan ini menunjukkan kerajaan amat menititkberatkan pendidikan.

“Apa pun saya lihat untuk tahun ini untuk bajet 2023 kita cuba nak tengok dan saya pasti menteri kewangan akan dapat agihkan apa yang terbaik untuk semua kementerian termasuk KPM,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.