fbpx
ANTARA barisan pelakon yang menjayakan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Sistem visual di rumah bikin filem Mat Kilau jadi muram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kualiti sistem audio dan video di rumah berbanding yang disediakan di pawagam kemungkinan menjadi sebab filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendapat kritikan daripada orang ramai sejak ia ditayangkan di Netflix bermula 16 September lalu.

Presiden Warisan Anak Seni Malaysia, Datuk Ahmad Din berkata, apabila kualiti audio dan visual kurang menarik, ia sekali gus membuatkan filem menjadi tidak sedap hendak ditonton selain gagal menaikkan semangat.

“Jika di pawagam, kita dapat lihat dan dengar lebih jelas setiap dialog yang diutarakan selain bunyi muzik iringan serta aksi yang dipersembahkan itu juga mampu menaikkan semangat,” ujar kepada Kosmo!.

MENONTON filem aksi seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di pawagam lebih seronok dan mengujakan.

Tambah beliau, sistem audio dan visual ini penting kerana ia boleh mempengaruhi mood dan minat seseorang untuk menonton filem.

“Sebab itu, bagi sesetengah peminat filem, mereka akan pergi ke pawagam bagi mendapatkan lebih kepuasan tontonan kerana kualiti audio visualnya jauh lebih baik dari televisyen yang ada di rumah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain faktor tersebut, bagi pengkaji sejarah sepertinya, filem tersebut banyak ‘kelompongan’ dan kurang tepat dari segi fakta dan sejarahnya.

Katanya, faktor ini juga turut membuatkan ramai orang tidak berpuas hati.

“Bagi saya filem ini hanya mampu menaikkan semangat patriotik sahaja, dari segi sejarah dan fakta masih banyak yang kurang.

“Mungkin ini yang menyebabkan ramai kecewa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN