fbpx
Mayat Te Chia Rong dibawa naik untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Mayat tersangkut pada jaring di dalam bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Mayat salah seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam dan tenggelam pada 14 September lalu ditemui tersangkut pada jaring yang terdapat di dalam bot malang itu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat mangsa berjaya dibawa naik oleh pasukan penyelam kira-kira pukul 11.45 pagi tadi sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.

Katanya, hasil pengecaman ahli keluarga yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa sebagai Te Chia Rong, 38.

“Mayat mangsa yang sampai ke jeti kira-kira pukul 12.30 tengah hari kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Berikutan itu, kerja-kerja menyelam sedang giat dijalankan untuk mengesan seorang lagi mangsa iaitu Chia Hock Neng,60, yang masih gagal ditemui,” katanya kepada media hari ini.

Pada Rabu lalu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima maklumat kejadian sebuah bot nelayan yang karam kira-kira sembilan batu nautika di Perairan Laut Hailam pukul 5 petang.

Dalam kejadian itu, dua lagi kru berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke laut sebelum diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran kawasan kejadian.

Dua lagi kru yang berusia 38 dan 60 tahun dikatakan berada di dalam bot ketika kejadian berlaku menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE

POPULAR