fbpx

Bapa tunggal hilang upaya sara tiga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. NAZRI dan dua anaknya, Nor Aisyah Zulaikha dan Muhammad Adam Muqri ketika ditemui di rumah sewa mereka di Bangi baru-baru ini.

KAJANG – Seorang bapa tunggal tekad menyara hidup tiga anak terma­suk seorang anak ­angkat dengan bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM800 sebulan walaupun hilang upaya bekerja akibat kemalangan.

Mohd. Nazri Abd. Aziz, 44, berkata, dia tidak dapat bekerja selepas terlibat kemalangan sewaktu menunggang motosikal dengan sebuah lagi motosikal di Kampung Bahagia, Bangi pukul 10 malam pada 2019.

“Akibat kemalangan itu, tulang paha sebelah kiri hancur dan bermulalah rawatan susulan di Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga kini selain perlu menjalani fisioterapi.

“Sebelum kemalangan, saya bekerja sebagai pengawal ke­selamatan dan kini tidak boleh bekerja kerana tidak berupaya dengan keadaan kaki memerlukan tongkat untuk bergerak,” katanya kepada Kosmo!.

Katanya, selain itu, dia juga perlu menjalani pembedahan pada kaki pada Oktober ini selepas ia tertangguh berkali-kali.

Mohd. Nazri berkata, dia menanggung dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri iaitu Nor Aisyah Zulaikha, 7, dan Muhammad Adam Muqri, 5, serta seorang anak angkat, Siti Khodijah Abd. Latif, 11.

Ujarnya, dia kini menyewa rumah di Bangi dan mujur pemilik rumah prihatin menurunkan bayaran sewaan kepada RM500 daripada RM650 sebulan selepas mengetahui keadaan dirinya.

“Dari segi makanan, saya bersyukur apabila ibu bapa tinggal berdekatan dengan rumah. Sebelum ini, saya menyewa di tempat lain di Kampung Bahagia, Bangi serta berpindah untuk dekat dengan keluarga.

“Sebelum ini di tempat tinggal lama, saya pernah tebalkan muka bertanya kepada jiran mahu pinjam telur untuk anak makan. Saya bersyukur jiran sangat baik, mereka beri telur, ikan mentah atau sardin,” ujarnya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh meng­hubunginya di talian 018-3982103.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI