fbpx

Suspek curi motor punyai 20 rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
suspek kes curi motor yang mempunyai 20 rekod lampau dengan pelbagai kesalahan jenayah ditahan di sebuah premis Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway, di sini semalam

PETALING JAYA – Polis berjaya menangkap seorang lelaki suspek kes curi motor yang mempunyai 20 rekod lampau dengan pelbagai kesalahan jenayah di sebuah premis Jalan PJU 5/13, Dataran Sunway, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata serbuan ke premis tersebut sekitar pukul 9 malam dilakukan atas maklumat berkenaan kes curi motor.

“Polis bertindak atas maklumat yang diberikan suspek dan berjaya merampas sebuah motosikal jenis Modenas Karisma.

“Hasil semakan nombor enjin mendapati motor masih dilaporkan hilang bersabit Kelana Jaya repot yang di siasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang di sekitar daerah Petaling Jaya boleh hadir mana-mana balai polis yang berdekatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI