fbpx

Pemandu Toyota Vios maut memandu secara laju, melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan Proton Pesona di Kilometer 24 Jalan Sua Betong menghala ke Air Kuning pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA.

PORT DICKSON – Seorang lelaki maut selepas dipercayai memandu secara laju dan melulu dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan Proton Pesona di Kilometer 24 Jalan Sua Betong menghala ke Air Kuning di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang pemandu kereta Toyota Vios, Teng Wei Luen berusia 34 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati telah berlaku kemalangan pada pukul 11.05 pagi tadi apabila kereta Toyota Vios dipandu mangsa dipandu secara laju dan melulu dari arah Sua Betong ke Air Kuning.

“Kemudian, kereta itu telah merempuh sebuah kereta Proton Pesona dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa maut di tempat kejadian.

Menurut Aidi Sham, pemandu kereta Proton Pesona itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Aidi Sham berkata, setakat ini waris mangsa belum dapat dihubungi, oleh itu orang awam yang mengenali mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syakinah Ahmad di talian 017-9013429 atau 06-6472222.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI