fbpx
KAREN perlu mengetepikan rasa malu agar dapat berinteraksi secara baik dengan pelayar ketika penstriman langsung.

Jana lima angka sebagai hos hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengubah kerjaya demi mendapatkan pendapatan lebih baik bukanlah semudah yang di­sangka, apatah lagi negara sedang melalui fasa pemulihan akibat pandemik Covid-19.

Bagi gadis Pesona Ahad minggu ini, Karen Cheah Kar Wern, dia percaya rezeki datang dalam pelbagai bentuk asalkan seseorang itu kuat berusaha.

Berpegang kepada prinsip itu, gadis berusia 28 tahun tersebut mengambil keputusan meninggalkan kerjaya terdahulu sebagai ejen insurans dan menceburi bidang penstriman langsung sebagai hos hiburan.

Karen mengakui dia tidak pernah terfikir untuk menukar karier, namun langkah itu ter­nyata berbaloi apabila memperoleh pendapatan lima angka sebulan.

Kosmo! Ahad: Bagaimana Karen boleh terlibat dalam penstriman langsung?
Karen: Sebelum ini, saya seorang ejen insurans, tetapi disebabkan pandemik Covid-19, saya tidak dapat bekerja seperti biasa dan sudah tentu menjejaskan pendapatan. Mujur ada kenalan yang memperkenalkan saya dengan bidang ini. Saya mula berjinak-jinak sebagai hos hiburan untuk aplikasi Evelive.

Sebagai hos hiburan, apa tugas Karen?
Hos hiburan adalah seorang penghibur. Antara yang perlu dilakukan adalah menyanyi, paling penting perlu tahu untuk berinteraksi dengan pelayar semasa sesi siaran langsung.

Apakah kelebihan bekerja sebagai hos hiburan?
Sebelum ini, saya kurang yakin dengan diri sendiri, hendak bercakap dengan orang pun malu, namun ia perlu diatasi apatah lagi apabila bergelar hos hiburan. Lagi satu saya dapat berkenalan dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang.

SELAIN menjadi hos hiburan, Karen turut melakukan kerja lain dengan menjual bunga secara dalam talian.

Adakah pendapatan sebagai hos hiburan lumayan?
Secara jujur­nya saya tak me­nyangka mendapat pulangan lumayan RM10,000 sebulan, angka itu sudah tentu jauh berbeza dengan gaji sebagai ejen insu­rans.

Apa yang Karen lakukan jika tidak terlibat penstriman langsung?
Saya mencari bakat bagi menghasilkan kandungan untuk sebuah syarikat di Lembah Klang. Ketika ini kami menjalin kerjasama dengan TikTok. Saya juga seorang penjual bunga secara dalam talian.

Sampai bila Karen mahu jadi hos hiburan?
Saya bercadang untuk membangunkan agensi hos hiburan penstriman langsung sendiri. Buat masa ini saya masih menimba ilmu menerusi kerjasama dengan pencipta kandungan lain.

Nasihat kepada pembaca yang ingin menceburi sebagai hos penstriman langsung?
Saya memang menggalakkan generasi muda untuk mencuba kerana pulangannya lumayan. Bagaimanapun, ia memerlukan kemahiran kerana wang tak datang secara bergolek. Kita tetap perlu berusaha dan belajar.

POPULAR

BERITA BERKAITAN