fbpx

Train Street di Hanoi ditutup kepada pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong sebelum ini boleh menikmati makanan dan minuman hanya beberapa sentimeter dari landasan kereta api. – CNN Travel

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam membatalkan semua lesen kafe dan perniagaan lain di sepanjang laluan kereta api yang menjadi lokasi pelancongan popular di Hanoi, digelar Train Street, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Lokasi tersebut popular dalam kalangan pelancong di ibu negara Vietnam itu disebabkan kedudukan landasan kereta api yang hanya beberapa sentimeter dari rumah penduduk dan premis perniagaan.

Meskipun terkenal, ia amat berbahaya disebabkan sikap pelancong yang sering duduk, berbaring dan bergambar di atas laluan kereta api yang masih beroperasi.

Walaupun  pernah dibantah sebelum ini terutamanya pada 2019, pihak berkuasa wilayah Hanoi kini mengambil tindakan tegas dengan membatalkan semua lesen perniagaan di sepanjang laluan tersebut.

Menurut laporan, semua peniaga terbabit diberi masa sehingga hari ini (17 September) untuk menutup operasi perniagaan mereka.

Selain itu, beberapa penghadang juga telah dipasang bagi menghalang pelancong daripada mengakses jalan tersebut, lapor akhbar Vietnam News.

Penutupan tersebut menerima pelbagai reaksi penduduk setempat.  Mereka sebelum ini  menyara kehidupan dan bergantung kepada aktiviti pelancongan di kawasan Train Street.

“Adalah lebih baik jika penduduk setempat dan pihak berkuasa dapat bekerjasama untuk membangunkan Train Street,” kata seorang pemilik kafe di laluan tersebut yang enggan identitinya didedahkan.

Tambahnya, pendapatan daripada aktiviti pelancongan telah membantu dia membaiki rumah, meningkatkan kualiti kehidupan dan menyara ahli keluarga.

“Penutupan ini akan memberi kesan langsung kepada mata pencarian kami,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali laluan tersebut, Perbadanan Kereta Api Viet Nam baru-baru ini mencadangkan bahawa operasi kafe, aktiviti merakam gambar atau video di sepanjang laluan Train Street merupakan kesalahan yang membawa hukuman denda. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI