fbpx

Wanita tipu hamil anak kekasih, minta nafkah RM424,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOAN dijel 15 tahun selepas didapati menipu kekasihnya di sebuah mahkamah Hanoi, kelmarin. - Foto VNExpress

HANOI – Seorang wanita dihukum penjara 15 tahun oleh sebuah mahkamah di Hanoi, Vietnam  selepas didapati bersalah menipu kekasihnya sehingga lebih 2.2 bilion dong (RM423,566), lapor laman berita VNExpress semalam.

Nguyen Thi Loan, 30, melakukan penipuan itu dengan mendakwa bahawa anaknya yang sakit ialah anak kekasihnya, Thanh.

Ia menyebabkan lelaki tersebut memindahkan wang ke akaun tertuduh sebanyak 19 kali.

Pada awal 2017, tertuduh menjalinkan hubungan dengan Thanh, yang juga tinggal di Hanoi.

Namun, pada Mei 2020, dia berkahwin dengan lelaki lain dikenali sebagai Tien, yang tinggal di wilayah Hung Yen.

Wanita itu kemudian hamil selepas menggunakan teknik persenyawaan in-vitro (IVF) dan melahirkan seorang anak pada 2021.

Bagi mendapatkan wang untuk pelaburan mata wang kripto, tertuduh menyembunyikan kenyataan bahawa dia sudah bersuami, sebaliknya memberitahu Thanh bahawa dia mengandungkan anak lelaki itu.

Selain menipu bahawa keluarganya tidak membenarkan mereka berkahwin, tertuduh meminta  Thanh bertanggungjawab untuk menyara anaknya serta mendakwa bahawa kanak-kanak itu sakit.

Selepas menerima wang, dia memutuskan hubungan dengan Thanh, menyebabkan mangsa berasa curiga lalu membuat laporan polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI