fbpx

50,000 pengunjung sambut Hari Malaysia di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar menyambut kehadiran tetamu pada majlis sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Kira-kira 50,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan pelancong memeriahkan sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, rekod itu melebihi sasaran awal iaitu hanya seramai 20,000 orang dijangka membanjiri dataran berkenaan.

Menurutnya, sambutan dengan mengenakan busana era 60-an serta pelbagai segmen kebudayaan ditonjolkan membuktikan majlis yang julung-julung kali diadakan di luar Sabah dan Sarawak itu membuahkan hasil.

“Saya belum dapat laporan sepenuhnya lagi tetapi kalau ikutkan anggaran antara 40,000 hingga 50,000 pengunjung sebab kalau tengok jalan sesak daripada visual dron, nampak seluruh bandar Melaka
dipenuhi dengan kenderaan.

“Walaupun mereka tak dapat tengok di pentas tetapi mereka boleh menyaksikan melalui skrin, membantu memudahkan semua pihak dapat menyaksikan sambutan gilang gemilang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Annuar berkata, langkah yang diambil untuk memperkenalkan pemakaian busana era 60-an daripada pelbagai etnik termasuk Sabah dan Sarawak jelas mencuri tumpuan.

Menurutnya, ia adalah sesuatu yang jarang dilihat kerana pengunjung terutama pelancong luar negara dapat melihat kepelbagaian pakaian tradisi dan kebudayaan yang terdapat di negara ini.

“Boleh saya katakan pemakaian busana era 60-an yang diketengahkan disifatkan berjaya kerana saya fikir, memperagakan busana lama adalah satu nostalgia yang jarang dilihat.

“Selepas ini sambutan tersebut akan kembali semula ke Sabah dan Sarawak sebelum kembali semula ke Semenanjung,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI