fbpx

David Beckham sanggup beratur 13 jam, tolak laluan ekspres beri penghormatan pada Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beckham memilih beratur seperti orang biasa bagi memasuki Westminster Hall. - CNN

LONDON – Bekas kapten bola sepak England, David Beckham memilih untuk beratur selama 13 jam seperti rakyat biasa bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II, lapor portal berita MailOnline semalam.

Meskipun Beckham menerima tawaran daripada  anggota Dewan Rakyat bagi laluan ekspres untuk masuk ke Dewan Westminster, beliau menolaknya  dan sanggup menunggu giliran seperti orang lain.

Beckham yang hadir lengkap dengan suit rasmi memaklumkan bahawa dia mula beratur pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam.

“Saya ingat datang pada awal pagi suasana akan lebih sunyi, namun jangkaan saya salah.

“Namun,  saya berbangga kerana turut serta dalam perbarisan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda,” kata Beckham.

Tambah Beckham, beliau menolak tawaran laluan ekspres kerana datuknya, yang merupakan penyokong tegar monarki Britain akan kecewa jika beliau mengambil kesempatan atas populariti kerjayanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI