fbpx

Badi 18 tahun skuad bola sepak Sukma Kelantan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukma 2022

BANGI – Penantian 18 tahun skuad bola sepak Kelantan untuk layak ke suku akhir Sukan Malaysia (Sukma) berakhir selepas menewaskan Sabah 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung atas padang basah menyaksikan pemain tengah, Amirul Izwan Mamad Rusdi muncul wira, menyumbangkan dua gol.

Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan turun dengan misi sama, mengelak tercicir mata dengan Sabah sekadar memerlukan seri untuk mengiringi Terengganu layak ke suku akhir.

Pertahanan Sabah, Mohd Shahmi Idris menjadi pemain paling terkesan apabila menjaringkan gol sendiri ketika Kelantan memperoleh gol kedua.

Pengendali Kelantan, Mohd Faizal Ibrahim aksi dengan Terengganu pada perlawanan pertama beri gambaran sebenar buatnya mengatur perancangan terbaik.

“Di perlawanan pertama, kita sukar untuk dapatkan senarai pemain terbaik kerana kita hanya ada seminggu untuk mengumpulkan pemain. Memanglah untuk dapatkan keserasian akan mengambil sedikit masa.

“Mujur ada peluang kedua dan pemain berjaya memanfaatkan serta menterjemahkan perancangan pasukan.

“Dalam perlawanan ini, kita dapat menyenaraikan barisan terkuat dan paling penting pemain mampu menyempurnakan perancangan diatur,” katanya.

Di suku akhir Isnin ini, Kelantan dijadualkan bertemu Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI