fbpx

Alvarez galas misi kembalikan maruah menentang Golovkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ mengakui sedia mencari kemenangan seawal pusingan pertama ketika berdepan Golovskin awal pagi esok. – AFP

LAS VEGAS – Saul ‘Canelo’ Alvarez tekad untuk menumbangkan musuh ketatnya, Gennady Golovkin untuk mengembalikan namanya sebagai petinju terbaik dunia.

Canelo bersedia untuk menewaskan jaguh tinju Kazakhstan itu buat kali kedua selepas kemenangan kontroversi pada 2018 lalu.

Kemenangan Alvarez ke atas Golovkin kali ini dianggap penting untuk mengembalikan maruahnya selepas mengalami kekalahan berdepan petinju Rusia, Dmitry Yuryevich Bivol pada Mei lalu.

Pertarungan yang akan berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas awal pagi esok, Alvarez yakin dia mempunyai strategi tersendiri untuk mengatasi Golovkin yang kini berusia 40 tahun.

“Ia adalah salah satu pertarungan terbesar dalam hidup saya kerana pertarungan ketiga ini akan menjadi paling penting.

“Hakikatnya dia (Golovkin) memikirkan ini adalah perlawanan terakhir. Saya akan meninggalkan segala-galanya di dalam gelanggang.

“Seawal pusingan pertama saya akan cuba mencari kemenangan seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini. Saya ya­kin segalanya mampu terjawab esok,” kata Alvarez.

Kekalahan di tangan Bivol tidak mematahkan keyakinan Alvarez mengenai tempatnya dalam dunia tinju.

“Saya rasa saya adalah pejuang terbaik di dunia sekarang. Tiada sesiapa yang mengambil risiko seperti saya dan saya sukakan cabaran,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI