fbpx
PETINJU sensasi Britain, Fury bersedia cabar legenda Ukraine, Oleksandr Usyk. -AFP

Dendam Fury belum padam, sedia cabar Usyk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Petinju sensasi Britain, Tyson Fury sedia untuk bertarung buat kali ketiga menentang legenda Ukraine, Oleksandr Usyk sebaik sahaja menyelesaikan pertarungan dengan seorang lagi petinju Britain, Anthony Joshua.

Selepas ‘tumbang’ dalam dua pertemuan sebelum ini, petinju yang terkenal dengan gelaran The Gypsy King itu sedia untuk menebus kekalahan tersebut dan menawarkan pertarungan ketiga kepada Usyk.

Fury berkata, dia tidak kisah untuk bertarung di mana-mana sahaja asalkan dapat melunaskan dendam kesumat terhadap Usyk, namun dia mahu menumbangkan Joshua yang merupakan anak didik Usyk terlebih dahulu.

“Selepas saya menewaskan Joshua nanti, saya mahu berdepan gurunya sekali lagi. Saya mahu pertarungan ulangan menentang The Rabbit, tidak kisah sama ada di London, Las Vegas atau New York,” katanya.

Difahamkan, petinju berusia 38 tahun itu sudah pun menghubungi pegawai tinju Arab Saudi, Turki Alalshikh supaya mengaturkan satu lagi pertarungan dengan Usyk sebaik sahaja berdepan Joshua nanti.

Sementara itu, Usyk juga sudah memberikan respons dengan cabaran dilontarkan bekas juara dunia berkenaan apabila menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran selain mengakui Fury sebagai sahabatnya.

“Hai kawanku, saya sudah bersedia bila-bila masa sahaja untuk bertarung sekali lagi. Sebut sahaja di mana-mana, sama ada Las Vegas, New York ataupun Arab Saudi, saya sudah bersedia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN