fbpx
JOSHUA (kanan) baru sahaja berentap menentang Paul di Miami, Florida pada 19 Disember lalu. - AFP

Bintang tinju dunia dalam keadaan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAGOS – Bekas juara dunia tinju heavyweight, Anthony Joshua berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya tragis di Nigeria yang meragut nyawa dua rakan rapatnya pada Isnin lalu.

Insiden berlaku di Lebuhraya Lagos–Ibadan, laluan utama yang menghubungkan negeri Ogun dengan pusat ekonomi Lagos apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus dinaiki Joshua dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan.

Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sina Ghami dan Latif Ayodele, masing-masing ahli pasukan serta rakan karib Joshua, seperti disahkan oleh pengurusannya, Matchroom Boxing dalam satu kenyataan rasmi.

Joshua, 36, bersama seorang lagi penumpang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, namun pihak berkuasa mengesahkan mereka tidak memerlukan rawatan kecemasan serta berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan Nigeria, Olusegun Ogungbemide berkata, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipercayai dipandu melebihi had laju sebelum hilang kawalan ketika memotong.

“Kenderaan itu dipercayai cuba memotong sebelum pemandu hilang kawalan dan melanggar lori yang tidak bergerak di tepi jalan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Joshua yang mempunyai pertalian keluarga di Sagamu, Ogun, dilaporkan berada di tempat duduk penumpang ketika kemalangan berlaku dan terselamat daripada kecederaan serius.

Tragedi itu berlaku hanya beberapa hari selepas Joshua kembali ke gelanggang dalam perlawanan berprofil tinggi menentang personaliti YouTube yang beralih ke dunia tinju, Jake Paul, di Miami pada 19 Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN