fbpx

Kumpulan Sesah terselamat, tiada penyingkiran dibuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan Sesah terselamat daripada penyingkiran pada minggu kedua yang berlangsung malam tadi.

PETALING JAYA – Program realiti popular, Awesome Raja Lawak masih mengekalkan semua peserta selepas tiada sebarang penyingkiran dilakukan pada minggu kedua yang berlangsung semalam.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, barisan juri tetap bersama pihak produksi sebulat suara membuat keputusan untuk memberi peluang kedua kepada kumpulan Sesah yang sepatutnya tersingkir selepas mendapat markah terendah.

“Kejutan semalam membuktikan bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pertandingan Awesome Raja Lawak ini.

“Anda mungkin juara pada minggu ini, namun pada masa yang sama, anda juga boleh menjadi peserta tercorot pada minggu seterusnya.

“Ini yang berlaku pada malam tadi. Justeru, saya menyeru semua peserta untuk lebih bersedia dengan persembahan mereka di minggu ketiga nanti.

“Terbukti apabila juara minggu lalu, kumpulan Sesah hampir tersingkir kerana mendapat markah terendah dengan jumlah keseluruhan hanya 42 peratus, jauh berbeza dengan kumpulan Sedare yang menjuarai persembahan semalam dengan 74 peratus. Keputusan ini betul-betul mengejutkan semua,” katanya.

Menurut Ezzan, tema yang dibawa pada minggu kedua iaitu Viral/Trending menyebabkan beberapa peserta dilihat gementar berbanding biasa.

“Menerusi tema Viral/Trending, peserta perlu mengangkat isu terkini dan yang pernah tular atau trending dalam persembahan mereka.

“Namun, berbanding dengan minggu lalu, malam tadi dapat dilihat ada dalam kalangan peserta yang gementar ketika menyampaikan sketsa masing-masing,” uajrnya.

Menarik dan membanggakan, Ezzan berkata, program Awesome Raja Lawak yang mula bersiaran pada 7 September lalu berjaya merekodkan tiga juta tontonan hingga hari ini.

Menerusi siaran minggu kedua semalam, kumpulan Sedare mendapat 74 peratus, Semmat (70 peratus); Manja (66 peratus); Mabo (63 peratus); Hanif (58 peratus); Se’eh (56 peratus); dan Soda (56 peratus).

Selain itu, Kumpulan Pelan (53 peratus); Azhar (49 peratus); Kanmani (49 peratus); Kacau (46 peratus); Beduk (45 peratus) dan Sesah (42 peratus).

Program yang dihoskan Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan Chilok itu menampilkan Atu Zero, Ajak Shiro dan Tauke selaku Mentor, manakala Khir Rahman, Saiful Apek dan Ayda Jebat selaku juri tetap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI