fbpx

“Kita tambah satu lagi warga Malaysia!” – Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Wei memuat naik gambar bersama keluarganya di Instagram sempena sambutan Hari Malaysia 2022.

PETALING JAYA – “Sebab sayang sangat negara kita, kita tambah satu lagi warga Malaysia! Minta semua tolong doakan smooth pregnancy @wong mew_choo”

Demikian nukilan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei di laman Instagram sempena sambutan Hari Malaysia 2022.

Menurut beliau, isterinya, Datin Wong Mew Choo yang sedang mengandung terharu apabila anak mereka menyatakan tidak kisah sama ada akan menerima adik lelaki atau perempuan.

“Tanya budak-budak. “Boys, kau orang nak baby boy or baby girl?”. “Tak kisah papa. Janji baby and mommy sihat (terus bergenang mata Mew Choo),” katanya hari ini.

Terdahulu, Chong Wei menjelaskan, beliau suatu ketika menangis di podium Olimpik kerana tidak dapat memberikan kegembiraan yang negara mahukan.

Katanya, beliau juga pernah ditawarkan untuk menjadi jurulatih di luar negara, tetapi memilih untuk kekal di Malaysia kerana sayangkan Malaysia.

“Ini adalah negara anda dilahirkan dan bersekolah. Anda mempunyai memori bersama rakan dan keluarga. Makanan kegemaran anda ada di sini. Anda bergelak tawa di sini.

“Negara ini memiliki segala sumber semula jadi. Tiada gempa bumi. Tiada gunung berapi. Dalam diri mereka yang dilahirkan di Malaysia tahu Malaysia adalah rumah yang sebenar.

“Bayangkan Malaysia tanpa politik perkauman, Malaysia dengan pemimpin dan ahli politik yang berkelayakan dan berpendidikan, Malaysia dengan sistem persekolahan yang sangat maju,” tambahnya.

Chong Wei berkata, rakyat Malaysia memang suka “complain” dan mencari kesilapan, tetapi itu adalah disebabkan semakin mereka mengambil berat, semakin banyak mereka “complain”.

“Pilihan raya akan tiba. Mari semua kita jadikan Malaysia sebuah rumah seperti yang sepatutnya. Saya sayang Malaysia. Selamat Hari Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI